Home Kenyataan Media PAS Selangor

Siapa Ronnie Liu mahu ajar umat Islam berkenaan arak? – KP DPPN Selangor

69
SHARE

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎RANOORAY USO د Ustaz Sukri Omar Ustaz Mohamed Sukri Omar Ketua Pemuda PAS Selangor SIAPA RONNIE LIU MAHU AJAR UMAT ISLAM BERKENAAN ARAK? ustazsukrlomar ustazsukriomar sukriomar www.sukrlomar.com‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamed Sukri Omar

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

SIAPA RONNIE LIU MAHU AJAR UMAT ISLAM BERKENAAN ARAK?

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mendesak YB Ronnie Liu untuk menarik balik kenyataan beliau dalam satu hantaran siaran di media sosial milik beliau yang seakan mempersendakan hal ehwal Islam apabila mempersoalkan larangan ke atas umat Islam dalam terlibat dengan kerja di syarikat atau kilang yang berkaitan dengan arak. Kenyataan beliau jelas dangkal apabila seakan “mahu mengajar” hal ehwal Islam kepada umat Islam bahawa larangan terhadap arak hanyalah minum sahaja tetapi tidak yang lain.

2. Jelas di dalam Islam bahawa larangan terhadap arak atau minuman memabukkan bukan sekadar minum tetapi termasuklah juga kegiatan-kegiatan secara langsung yang jelas disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith Baginda SAW berkenaan 10 golongan yang dilaknat berkaitan arak. Maka sebagai umat Islam yang taat kepada perintah agama, mestilah menuruti perintah larangan ini kesemuanya sekali untuk dihindari dan tidak hanya menyempitkan skop kepada minum sahaja.

3. Mengapa YB Ronnie Liu bersungguh dan sibuk dalam hal ehwal Islam ini sedangkan beliau siapa? Hal ehwal Islam biarlah umat Islam yang uruskan. Yang melibatkan soal hukum hakam, kita mempunyai para mufti dan sarjana yang boleh bicara hal ini. Jika melibatkan perundangan yang berkait dengan hal ehwal Islam, DYMM Sultan Selangor adalah ketua agama bagi negeri ini.

4. Tidak pasti apa niat beliau dalam hantaran di media sosial sebegitu, adakah mahu sengaja campur tangan atau mahu mempersendakan? Yang jelas, beliau cuba campur tangan yang bukan hal ehwal yang selayaknya malah sikap beliau demikian jelas melampaui batas dengan cuba menghasut umat Islam melanggar ajaran Islam tersebut.

5. Saya kira, jika perkara ini dipandang sepi oleh pihak berkuasa dan umat Islam, bimbang selepas ini akan berlaku lagi siri-siri kebiadaban dengan cuba berbicara dan campur tangan hal ehwal Islam di negeri ini khususnya. Perkara sebegini mesti dibendung awal agar keizzahan agama Islam terus terpelihara dari sebarang tindakan atau kenyataan yang melulu dan tidak wajar ke atas agama Islam yang suci.

6. Selain menarik balik hantaran siaran di media sosial tersebut, DPPNS juga mendesak beliau untuk memohon maaf secara terbuka atas kebiadaban yang dizahirkan secara terang-terangan tersebut. Pemuda PAS Selangor akan terus mendesak dan tidak teragak-agak mengarahkan semua Pemuda PAS kawasan-kawasan untuk membuat laporan polis agar tindakan di peringkat selanjutnya diambil jika beliau terus biadab tanpa menarik balik siaran dan memohon maaf secara terbuka.

Memimpin Negara

Demi Islam, Sedia Berjuang

28 Oktober 2021 | 21 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor