Home Berita PAS Pahang

Menteri Kasa Bantu Mangsa Banjir

608
SHARE

KUALA KRAU : Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Ustaz Shahril Azman ADUN Jengka merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Krau,Timbalan YDP Ustaz Kamal Ashaari, Naib YDP Hj.Nazri Husain, Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Krau Hj.Abd Aziz Abd Rahman, CEO Indah Water En. Narendran Maniam, Commissioner SPAN Ir Dr.Hj.Mohamad Asari Daud, Pengerusi Cakne Rakyat En.Shafie Md Esa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dalam Majlis ringkas serahan bantuan banjir di Komplek Al Makmur Kerdau.

Majlis serahan sumbangan daripada Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dibuat di Surau Taman Paya Taram.” Kita memperuntukkan sebanyak RM10 juta di bawah Kementerian bagi membantu mangsa banjir yang berlaku supaya dapat meringankan beban yang ditanggung ” ujar Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

YB Ustaz Shahril Azman berkata ” Alhamdulillah kita bersyukur diatas sumbangan yang diberikan bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir kali ini.

Seterusnya Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man beserta rombongan dibawa meninjau ke lokasi yang dinaiki air.