Home Pedoman Haraki

Menolak Tawaran Untuk Menjatuhkan Islam

1894
SHARE

Menolak Tawaran Untuk Menjatuhkan Islam

Sirah Nabi Muhammad S.A.W perlu dijadikan pengajaran bagi kita semua; ummatnya yang mengaku menyayangi Baginda S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh suri teladan yang terbaik untuk umat manusia dan dakwah Baginda adalah pendakwah yang berjaya.

Bilamana dakwah Baginda semakin hari semakin berkembang, ia mendatangkan kerisauan pada golongan musyrikin dan menyebabkan mereka tergugat dengan ajaran Islam yang Nabi bawa. Jadi, mereka merancang untuk memberi tawaran kepada Nabi agar Baginda meninggalkan Islam.

Maka pada suatu hari ‘Utbah bin Rabi’ah bertemu dan berkata kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W : “Wahai Muhammad, jika dengan dakwah yang kamu lakukan itu Engkau ingin mendapatkan harta kekayaan, maka akan kami kumpulkan harta kekayaan yang ada pada kami untuk Engkau, sehingga Engkau menjadi orang yang terkaya di kalangan kami. Jika Engkau menginginkan kehormatan dan kemuliaan, Engkau akan kami angkat sebagai pemimpin, dan kami tidak akan memutuskan persoalan apa pun tanpa persetujuan Engkau. Jika Anda ingin menjadi raja, kami bersedia menobatkan Engkau sebagai raja kami. Jika Engkau tidak sanggup menangkal jin yang merasuk ke dalam jiwa Engkau, kami bersedia mencari tabib yang sanggup menyembuhkan Engkau, dan untuk itu kami tidak akan menghitung-hitung berapa bayaran yang diperlukan sampai Engkau sembuh.”

Nabi Muhammad S.A.W hanya menjawab dengan membaca firman Allah dari surah Al-Fusilat yang berbunyi:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ حم * تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ * كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ * بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ * وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ * قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ * الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ * إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ * قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ * وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ * ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ* فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا ۚ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ * إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ قَالُوا لَوْ شَاءَ رَبُّنَا لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً فَإِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ*

[Surat Fussilat 1 – 13]

Jika mengikut politik, tawaran harta, pangkat dan kekuasaan akan dapat menguntungkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan dengan harta, pangkat dan kekuasaan tersebut boleh sahaja Nabi gunakan untuk mengembangkan dakwah, tidak perlu lagi bersusah payah untuk berjihad dan mendirikan kerajaan Islam di Madinah.

Namun, Baginda menolak tawaran yang diberikan kerana ia bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar dakwah sendiri. Selain itu, tindakan tawar-menawar itu sendiri pada hakikatnya ditujukan untuk menyimpangkan dakwah dari landasan dan tujuan yang sebenar dan dalam dakwah berpegang prinsip ‘matlamat tidak menghalalkan cara’.

Firman Allah:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[Surat Al-Kahf 103- 104]

Semoga Allah S.W.T memelihara kerja Dakwah, Siasah dan Tarbiyah yang kita laksanakan hari ini agar tidak menyimpang daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan Islam.

Mohamad Farouk Hamzah
24 Januari 2018

*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Dewan Ulamak. Artikel di atas dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal.