Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong

771
SHARE

1. Muslimat PAS berbesar hati memuji dan menyokong hasrat dan perkenan Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong XV mengurangkan 10% daripada peruntukan gaji dan emolumen Baginda sehingga tahun 2021.

2. Selain itu, Baginda turut bertitah agar tidak mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara sebagai berpandangan bahawa peruntukan tersebut selayaknya digunakan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.

3. Sebelum ini, ada dalam kalangan netizen yang sering mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat berhubung kait beberapa tindakan YDPA, bermula dengan isu melengahkan Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri, kemudian isu Pelantikan Peguam Negara.

4. Hal ini sedikit sebanyak menggugat kesejahteraan dan kemakmuran negara apabila masing-masing ingin menunjukkan rasa marah dan benci terhadap ketua negara kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

5. Kami Muslimat PAS sentiasa menyokong penuh usaha baik yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Semoga Baginda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T hendaknya serta dikurniakan kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai YDPA.

6. Berikut merupakan prinsip Rukun Negara untuk renungan semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia Baru ini membentuk nilai fikir yang positif serta memupuk budaya sihat dalam diri kita semua;
i. Kepercayaan kepada Tuhan
ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii. Keluhuran Perlembagaan
iv. Kedaulatan Undang-undang
v. Kesopanan dan Kesusilaan

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Jun 2018 bersamaan 27 Ramadan 1439