Oleh: Banglem
PARIT: Ayahanda(Almarhum Harun Bin Baharom,68) kepada Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Parit, Hamzah Harun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kemarin.
Almarhum meninggal ditempat kejadian sejurus kenderaan yang dipandu bertembung dengan sebuah lori di Gelung Pepuyu semasa dalam perjalanan ke Masjid Titi Gantung, Bota.
Sejurus menerima perkhabaran duka itu Pesuruhjaya PAS Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria berangkat ke Titi Gantung, Bota bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarham.
Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Puait juga turut hadir dan menyampaikan sumbangan kepada Hamzah bagi pihak DPPN Perak dan JAM Negeri Perak.
Jenazah telah disolatkan di Masjid Titi Gantung dan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 30 Titi Gantung, Bota keesokan harinya.
Turut hadir bersama pimpinan Jabatam Amal Malaysia Negeri Perak dan anggota JAM sekitar.