Home Berita PAS Pulau Pinang

MENGHIDUPKAN HATI

932
SHARE

Hati adalah satu anugerah daripada Allah swt kepada setiap manusia. Bermula dengan hati ia mencerminkan keperibadian individu seseorang. Hal ini telah disebut oleh Rasullah S.A.W dalam sebuah hadis yang berbunyi :

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Hati tempat yang selalu diusik oleh syaitan dan nafsu. Antara sebab lemahnya hati adalah disebabkan oleh usikan nakal syaitan dan nafsu antaranya ialah
1. Selalu cuai di dalam beribadat kepada Allah.
2. Mendahulu perkara duniawi melebihi tuntutan dari Allah
3. Suka melakukan maksiat dan lagha (membuat benda yang tidak manfaat)
4. Cepat marah dan pedendam.
5. Tidak suka mendengar nasihat ulamak bahkan suka mencacinya.
6. Sangat gemar berdebat sehingga menimbulkan permusuhan (hati yang menjadi keras)

Perlu kita mengetahui bahawa hati perlu dihidupkan. Jikalau anggota badan kita letih tidak bermaya kita perlu berikan anggota badan kita dengan makanan yang berkhasiat dan bertenaga tetapi hati jikalau lemah ia perlu disegarkan dengan beberapa ramuan dari Ilahi. Antara ramuannya ialah:
1. Sentiasa bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.
2. Membaca Al-Quran dan beristiqfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari.
3. Sentiasa sibuk melakukan perkara makruf seperti aktiviti kebajikan
4. Sentiasa menghadirkan diri di dalam majlis ilmu, usrah, mendengar taujihat dan nasihat ulamak.
5. Sentiasa bermuhasabah diri.
6. Istiqamah dalam melakukan ibadah walaupun sedikit tetapi berterusan

“Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu.” (Riwayat Muslim)

Mohd Hafiz Bin Hashim
Pengarah Akademi Tarbiah DPPNPP