Home Berita PAS Sabah

MENGAPA MESTI TUMBANGKAN DAP DAN MENANGKAN PBS.

9030
SHARE

Terpakai Prinsip FIQH AKHAFU ADDHARURAIN dalam PRK P 186 Sandakan.

1⃣ Dalam keadaan negara sangat perlu pertembungan SATU lawan SATU, maka dalam konteks PRK Sandakan, secara politiknya pertembungan sebenar adalah antara PBS dan DAP.

BEBAS tiada kuasa politik yang mutlak dan selepas ini BEBAS boleh lompat ke mana² parti yang dia suka.

2⃣ Dalam keadaan politik negara kini, DAP jelas lebih MENGANCAM AGAMA ISLAM dan KEDAULATAN NEGARA.

Walaupun tidak dinafikan PBS masih kurang memahami Islam kerana mereka kurang mendapat penjelasan.

PBS juga hanya parti pembangkang yang TIADA KUASA membentuk DASAR dan POLISI NEGARA.

TETAPI BAHAYA DAP lebih besar sebab KUASA NASIONAL ada ditangan mereka yang ada implikasi langsung terhadap Polisi dan Dasar Negara.

3⃣ Dalam konteks sekarang kita perlu melihat IMPLIKASI NASIONAL adalah lebih penting.

Kini DAP cuba MENGHAKIS secara terang INSTITUSI RAJA (secara tradisi menjadi benteng Islam), hak BUMIPUTERA dan juga hak² UMAT ISLAM.

4⃣ Setahun pemerintahan DAP + PH + Warisan, KEROSAKAN yang dibawa oleh kerajaan adalah LEBIH BANYAK berbanding kebaikan.

Rakyat boleh rasa sendiri KEROSAKAN² dan AKIBAT BURUK yang dibawa oleh kerajaan yang ada hari ini.

5⃣ Oleh kerana itu, PAS mengambil pendekatan BERTA’AWUN (BEKERJASAMA) dengan PBS bagi menguatkan GABUNGAN PEMBANGKANG SABAH.

Melalui gabungan ini, barisan PEMBANGKANG SABAH SEPAKAT berhadapan dengan PH + Warisan yang dikuasai DAP.

Lebih² lagi, PBS membawa semangat perjuangan BUMIPUTERA SABAH yang juga merupakan perjuangan PAS.

Disamping itu, ini adalah peluang besar PAS untuk MENERANGKAN kepada rakan² pembangkang yang lain BAGI MENJERNIHKAN SALAH FAHAM TERHADAP AGAMA ISLAM DAN PERJUANGAN PAS.