Home Berita PAS Sarawak

Mengapa kemudahan asas penduduk kampung Lajong tidak dilaksanakan

1013
SHARE

SIBUTI: Kampung Lajong, Kuala Niah mempunyai penduduk sekitar lebih 300 orang dan kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Perjalanan dari bandaraya Miri ke kampung Lajong mengambil masa lebih kurang satu jam.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung adalah masalah bekalan air bersih serta jalanraya masuk ke kampung masih belum diturap sepenuhnya. Mereka mengadu kepada pihak PAS yang masalah ini sudah lama mereka laporkan kepada pihak berkuasa tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Pembekalan air bersih diperlukan kerana buaya juga menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk di Sungai Lajong, berhampiran Kampung Lajong Kuala Niah mereka juga menghadapi kesulitan dalam musim kemarau di mana air bersih adalah terhad. Mereka hanya bergantung dengan air hujan untuk mendapatkan air bersih. Air sungai dan air telaga tidak begitu bersih untuk diminum.

Disamping itu salah seorang penduduk kampung Lajong mengadu masalah kesukaran untuk mendapatkan Program Perumahan Rakyat (PPR). Encik Johari Junaidi mengadu kepada pihak kami yang dia sudah memohon PPR sejak tahun 2009 lagi tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan untuk memgatasi masalah beliau. Mereka tidak memberi sebarang alasan mengapa pemohonannya tidak diterima. Dia sudah menunggu sekian lama untuk mendapatkan bantuan PPR.

Beliau juga hairan mengapa sesetengah dari penduduk di situ mendapat bantuan PPR sedangkan dia yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap tidak mendapat bantuan tersebut. Menurutnya lagi semacam ada pilih kasih dalam bantuan PPR itu dan masalah ini pernah diadukan kepada wakil rakyat di tempat berkenaan tetapi masih juga tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau amat memerlukan bantuan kerana keadaan tempat tinggal dia sekarang amat daif dan tidak begitu selamat untuk diduduki dan lantai dapur dibelakang rumahnya sudah roboh. Beliau amat mengharap pihak yang berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalahnya yang sudah lama berlarutan tanpa sebarang tindakan.

Kita mengesa pihak yang berwajib dan mereka yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Lajong ini memandang mereka sudah terlalu lama menanti kemudahan asas yang sepatutnya ada untuk disalurkan ke kampung mereka.

Mereka juga mempersoalkan kemanakah peruntukan jutaan ringgit yang diwar-warkan oleh pihak pemerintah untuk projek luar bandar. Kalau memang sudah ada peruntukan untuk projek luar bandar, mengapa kampung mereka dipinggirkan dari arus pembangunan?

Kami amat mengharap pihak berwajib dan mereka yang berkenaan dapat segera mengatasi masalah penduduk Kampung Lajong ini. Penduduk kampung sudah bosan dengan janji-janji pihak-pihak yang tertentu yang tidak penah ditepati. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan amat dihargai.

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Why the basic amenities of Lajong villagers are not implemented

 

SIBUTI: Kampung Lajong, Kuala Niah has a population of about 300 people, and most of them are farmers and fishermen. Traveling from Miri city to Lajong village takes about an hour.

The main problem faced by the villagers is the problem of clean water supply and the entrance to the village is still not fully paved. They complained to PAS that this problem had long been reported to the authorities but until now no action had been taken by the relevant parties.

The supply of clean water is needed because crocodiles are also a threat to the security of the people in the Lajong River, near Kampung Lajong Kuala Niah, also facing difficulties during the dry season where limited clean water is available. They only rely on rainwater to get clean water. The river water and well water is not so clean to drink.

In addition, one of Lajong villagers complained of the difficulty of getting the People’s Housing Program (PPR). Mr. Johari Junaidi complained to us that he had been applying for PPR since 2009 but until now no action was taken by the relevant party to rectify his problems. They did not give any reason why the application was not accepted. He’s been waiting for a long time to get PPR assistance.

He also wondered why some of the villagers received PPR assistance while he who has no permanent job does not get such assistance. He added that there is some sort of favoritism in the assistance of the PPR and the matter had been lodged with representatives of the people in the area but still no action was taken.

He needed help because his living conditions were now very poor and less secure for occupancy and the kitchen floor behind his house had collapsed. He was hoping for the parties concerned can help solve the problem that has been going on without any action.

We urge the authorities and those concerned can take immediate action to address the problems faced by the residents of Kampung Lajong seeing that they have been waiting too long for the basic facilities that they should have for their village.

They also questioned where the millions of ringgit allocated by the government for rural projects. If there is already an allocation for rural projects, why would their village be marginalized from the development stream?

We are very hopeful that the authorities and those concerned will be able to solve the problems of the residents of Kampung Lajong. The villagers are bored with the promises of certain parties who have not been met. Cooperation with all related parties is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee

Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief