Home Artikel PAS Wilayah

Mengambil Ibrah Hari Nakbah

261
SHARE

Mengambil Ibrah Hari Nakbah

Firman Allah S.W.T yang berbunyi,

‎وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱليهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتُهمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلهُدَىٰ‌ۗ وَلئنِ ٱتَّبَعتَ أَهوَآءَهُم بَعدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلعِلمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ.

“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar’ dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [Al-Baqarah:120]

15 Mei 1948 merupakan tarikh duka bagi umat Islam khususnya buat rakyat Palestin kerana pada hari itulah terjadinya Peristiwa Nakbah (يوم النكبة) iaitu pengisytiharan negara haram Israel melalui kezaliman rejim zionis yang merampas tanah Palestin.

Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin telah diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Episod kejam ini juga turut menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnahkan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi rakyat Palestin di bumi sendiri.

Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita cakna dengan politik dunia Islam sekaligus menginsafi peranan kita sebagai saudara satu akidah dengan rakyat Palestin.

Bersempena dengan Hari Belia yang juga jatuh pada hari ini, para belia hendaklah sedar akan peranan mereka sebagai peneraju kepimpinan masa hadapan negara dan sentiasa berwaspada dengan agenda musuh Islam yang rakus menjajah manusia agar mengikut telunjuk mereka.

Ambillah pengajaran dari Hari Nakbah ini.

“Islam Memimpin Perpaduan”

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU