Home Berita PAS Wilayah

72 Tahun Nakbah Palestin: Kami Setia Bersamamu.

871
SHARE

1. 15 Mei 1948, tarikh yang tidak pernah luput dari ingatan umat Islam di seluruh dunia. Hari pembantaian besar-besaran umat Islam Palestin oleh rejim Zionis.

2. Agenda yang begitu zalim ini telah dirancang rapi oleh mereka bermula dengan penubuhan ‘Zionist Organization’ di Kongress Zionis Pertama pada 1897, diikuti oleh Deklarasi Balfour 1917 yang menyaksikan pengumuman bahawa Palestin akan dijadikan negara bangsa Yahudi oleh British.

3. Kita sesekali tidak akan lupa pada kira-kira 15 ribu rakyat Palestin yang syahid dalam peristiwa Nakbah ini serta lebih 1 juta daripada mereka yang diusir dari tanah air sendiri.

4. Hingga ke saat ini, lebih 5 juta rakyat Palestin yang menjadi pelarian di pelbagai negara antaranya Jordan, Syria dan Lubnan. Tanah air mereka pula kini sudah ditawan kira-kira 78% oleh rejim tersebut.

5. Sepanjang 72 tahun ini, pelbagai usaha dibuat oleh pelbagai agensi di seluruh dunia khusus dari negara umat Islam seperti Malaysia sendiri untuk membantu saudara-saudara kita di sana.

6. Tempoh selama itu mungkin terasa lama, namun kita tidak akan berhenti dan setia dengan perjuangan ini sehingga tanah suci ketiga umat Islam dan saudara-saudara kita dibela dan diselamatkan daripada kezaliman Zionis.

7. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berusaha sedaya mampu membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Palestin mahupun di tempat-tempat lain. Ambillah kesempatan di 10 hari terakhir Ramadhan ini untuk bermunajat agar Allah memberi kemenangan kepada kita dalam membela bumi Palestin.

Allahumma aamiin.

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

15 Mei 2020 l 22 Ramadhan 1441H