Home Berita PAS Selangor

Meneruskan kejayaan, memperkukuhkan kecemerlangan – PASTI Kawasan Sabak Bernam

36
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : PASTI Kawasan Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 7 November – Telah diadakan majlis ramah mesra di antara Jawatankuasa Kerja PASTI dan guru-guru PASTI Kawasan Sabak Bernam hari ini. Program yang diatur seawal jam 9.00 pagi itu bertujuan untuk memperkenalkan Pengurus PASTI kawasan yang baru dilantik iaitu Ust Syamil Sallehen.

Ust Syamil Sallehen merupakan pengurus PASTI ke 12 yang akan memimpin PASTI Kawasan Sabak Bernam khusus bagi sesi 2021-2023. PASTI mula bertapak di Sabak Bernam pada tahun 1986 dan sehingga kini usianya mencecah 35 tahun.

Kini terdapat 12 buah PASTI di Sabak Bernam dengan jumlah pelajar sekitar 450 orang pelajar dengan kekuatan hampir 30 orang guru. Moga PASTI Kawasan Sabak Bernam terus di cemerlang di bawah kepimpinan Ust Syamil Sallehen.

Siirul Ala Barakatillah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor