Home Rencana PAS Selangor

Anak muda PAS tekad membawa mesej Islam – PAS Kawasan Hulu Langat

29
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Mantan Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat

PAS ketengahkan 2 calon anak muda daripada 8 calon PAS bagi PRN Melaka kali ini. Tahniah buat Ust Hafiz Hj Yahya (Ketua Pemuda PAS Melaka) dan Ust Hj Ahmad Bilal Rahudin (Exco Pemuda PAS Malaysia).

Perikatan Nasional keseluruhannya meletakkan lebih 40% calon berumur 40 tahun ke bawah bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka ini, sekaligus memeberi kepercayaan kepada anak muda Negara untuk mengubah landskap politik Malaysia.

Anak muda PAS tekad akan membawa mesej Islam, suara anak muda dan reformasi pentadbiran berintegriti bagi PRN Melaka kali ini. Dengan izin Allah, perubahan negara diletak pada keazaman dan keikhlasan mereka membina negara dan menolak politik kepentingan diri dan penuh kerosakan nilai harga diri.

“Undi PAS, Undi PN, Undi Kepada Perubahan Negara”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor