Home Rencana PAS Selangor

Mencipta kesejahteraan dan kestabilan yang berkekalan – Setiausaha BPPN Selangor

54
SHARE

May be an image of 1 person, sitting and text that says "UTAMA & SENSASI Sep 3, A&E32021 2021 'Kerusi Umno Menang Umno Punya, PAS Menang PAS Punya'"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Menurut penganalisa politik Joceline Tan suhu politik dalam negara telah turun setelah melalui politiking yang sengit beberapa bulan kebelakangan.

Hari ini Naib Presiden Umno Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah pun diperkenankan Yang Dipertuan Agong sebagai PM ke 9. Dan beberapa langkah bijak Ismail ternyata menyumbang kepada ketenangan dan kestabilan politik malah Ketua-ketua parti pembangkang dari PH pun berjaya beliau santuni.

Kestabilan politik diketika ini penting kerana negara sedang agresif mengejar sasaran Pelan Pemulihan Negara. Sewajarnya jangan adalagi kemelut politik yang hanya akan menganggunya sehingga akhirnya yang rugi rakyat serta negara.

Kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa persefahaman antara PAS dan Umno dalam Muafakat Nasional berhubung pembahagian kerusi bagi PRU ke 15 telah hampir 70 peratus selesai.

Antara persefahaman terbesar yang teah tercapai menurut Tok Mat bahawa mana-mana parti yang memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan kekal bertanding di situ.

Inilah yang rakyat mahu lihat. Iaitu persefahaman dan permuafakatan sesama parti pemerintah agar kerajaan ini kekal sehingga selepas PRU15 nanti.

Menerusi persefahaman yang Tok Mat nyatakan itu bagi PAS selamat dan tiadalah cabaran buat 18 kerusi Parlimennya di Kelantan, Tetengganu dan Kedah. Kita menunggu persefahaman seterusnya untuk kerusi-kerusi yang dimilki pembangkang. Bagaimana pula forrmula dan pembahagiannya.

Semoga di bawah kepimpinan PM ke 9, persefahaman dan permuafakatan ini ddapat diperluaskan ke parti-parti lain yang menyokong kerajaan termasuklah Bersatu.

Adalah diyakini melalui kematangan kepimpinan Ismail yang disebut-sebut rakyat hari ini kerajaan Keluarga Malaysia akan berjaya diperteguh dan dipertahankan. Binalah sebuah permuafakatan politik yang menjulang semangat kekeluargaan itu.

Jadilah contoh dan tauladan yang terbaik buat rakyat. Rakyat
mahukan kesejahteraan dan kestabilan yang berkekalan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor