Tanggal 15 Mei 1948 merupakan sejarah hitam buat saudara kita di Palestin. Seramai 700,000 hingga 800,000 rakyat Palestin telah diusir dari tanah air sendiri dan tidak dibenarkan untuk kembali oleh rejim Zionis Israel.
Walaupun Israel memperingati tarikh 15 Mei sebagai Hari Kemerdekaan buat mereka, namun dalam memori rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya tarikh ini dikenang sebagai Hari Nakbah (يوم النكبة)
yang bermaksud Hari Kecelakaan.
Genap 72 tahun telah berlalu namun, kesakitan peristiwa tersebut masih terasa sehingga kini.
Justeru sebagai umat Islam, kita hendaklah cakna tentang situasi politik antarabangsa dan kesukaran yang menimpa saudara se-Islam kita.
Sejauh manakah kita telah memainkan peranan sebagai seorang muslim dalam membantu dan memperjuangkan hak mereka yang tertindas?
Ayuhlah kita memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan kali ini dengan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon pembelaan terhadap saudara-saudara Palestin secara khususnya dan seluruh umat Islam secara amnya.
Semoga Hari Nakbah ini sentiasa diingati sebagai pengajaran dan menjadi asbab keinsafan untuk kita bangkit memperjuangkan kebenaran.
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN