Home Artikel PAS Pusat

15 Mei : Selamat Hari Belia Negara

894
SHARE

Belia merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan bagi sesebuah negara. Justeru para belia perlu diasuh, dididik dan diberikan bimbingan yang betul dan sempurna sehingga mereka menjadi generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Di dalam Al-Qur’an ada menceritakan tentang kisah para pemuda yang berjuang untuk kecemerlangan. Sebagai contoh, pemuda-pemuda As Habul Kahfi yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Walaupun mereka dipaksa untuk menyembah berhala dan diancam dengan hukuman oleh raja mereka yang zalim, namun mereka tetap berpegang teguh dengan keimanan mereka kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Kisah ini diceritakan di dalam Surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14 :

نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهٗاۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذٗا شَطَطًا

Maksudnya : ”Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad kisah mereka dengan sebenarnya, Sesungguhnya mereka itu pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahkan hidayah kepada mereka. dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri (di hadapan raja yang memaksa mereka supaya menyembah berhala) lalu mereka berkata: “Tuhan kami ialah tuhan pencipta langit dan bumi, kami sekali-sekali tidak akan menyembah tuhan yang lain darinya, (kerana kalau demikian) sesungguhnya kami mengucapkan perkataan yang jauh dari kebenaran.”

Selamat Menyambut Hari Belia Negara daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

#HariBelia