Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan : Memohon Penjelasan Tentang Ucapan Berunsur Hasutan

2363
SHARE

Memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan : Memohon Penjelasan Tentang Ucapan Berunsur Hasutan

Pada 18 Mac 2018, bertempat di Rantau Eco Park, YAB Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan, dalam ucapan sempena Program Briged Gempur Pemuda Rembau, antara lain telah menyebut,

“…Jika ada kedai kopi yang menjadi seorang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan polis saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang..”

Rakaman video ucapan YAB Dato’ Seri Utama itu telah tersebar luas melalui media sosial dan diikuti masyarakat segenap lapisan. Kenyataan yang dikeluarkan dalam ucapan rasmi itu telah menimbulkan keresahan dan rasa tidak selamat serta terancam di kalangan parti-parti politik yang terlibat dalam PRU-14 nanti. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang diucapkan oleh YAB Dato’ Seri Utama itu kami terjemahkan sebagai bertujuan menghasut dan menggalakkan budaya ganas di kalangan belia dan para penyokong parti khususnya Barisan Nasional.

Sehubungan itu, PAS Negeri Sembilan yang berpegang teguh kepada Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) mendesak supaya YAB Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan :

1. Memberikan penjelasan terhadap bahagjan ucapan yanv jelas mendatangkan kesan negatif serta ancaman kepada petugas dan penyokong parti-parti politik dalam PRU ke-14 nanti;

2. Menarik semula kenyataan yang berbaur hasutan itu serta memohon maaf, melalui kenyataan terbuka dengan kehadiran wakil-wakil media.

PAS Negeri Sembilan sangat berbesar hati sekiranya YAB Dato’ Seri Utama mengambil sikap bertanggungjawab dan berjiwa besar dengan kesediaan untuk menjernihkan semula suasana yang tegang dan tidak selamat di kalangan penyokong parti-parti terlibat sebelum, semasa dan selepas PRU14, kesan daripada kenyataan tersebut.

Semoga Allah memelihara keharmonian dan keselamatan kita semua.

Haji Mustaffa bin Daharun,
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Link Rakaman Live Streaming :

https://www.facebook.com/pasnegeri9/posts/551282198584884