Home Berita PAS Perak

Membantu tidak kira siapa, Tentera Merah di mana-mana

251
SHARE

Oleh: Banglem

BAGAN SERAI, ADUN Gunung Semanggol, YB Hj Razman Zakaria telah menyantuni warga PPV di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir kemarin.

Sekolah tersebut telah dikhususkan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi warga Pendidikan Daerah Kerian.

“Terima kasih semua pihak yang bertungkus-lumus bekerja demi menjayakan pelan pemulihan negara dengan matlamat mencapai imuniti berkelompok ini.

“Tidak lupa juga kepada para sukarelawan khususnya Jabatan Amal PAS kawasan Bagan Serai yang terkenal dengan jolokan ‘tentera merah’ atas kesetiaan khidmat membantu tak kira siapa, walau dimana jua”. kata beliau.

Razman yang juga Exco kerajaan negeri turut bertemu ADUN Selinsing dan ADUN Titi Serong yang kebetulan berada di PPV tersebut.

Turut mengiringi beliau, Ahli Lembaga Pengarah SADC, Ustaz Mustafa Wahab dan Setiausaha Politik, Ustaz Fairuz Hafiizh Othman

May be an image of 2 people, people standing and indoorMay be an image of 2 people, people standing and indoor