Home Fastaqim

Memanah Asah Daya Fokus

2985
SHARE

KUALA NERUS, 30 Sept – Pertandingan Memanah yang juga merupakan sukan sunnah di Sukan Pantai Fastaqim 2.0 berlangsung dengan sangat hebat dan mantap. 
Gaya panahan dan bedikan tepat dari kalangan pemanah muslimat ditambah dengan sorakan padu para penonton memeriahkan lagi suasana di Pantai Tok Jembal ini. 

Walaupun banyak juga panahan yang tersasar dari sasaran lalu memecahkan tawa di kalangan peserta sendiri, namun para penonton tetap terus memberikan sokongan dan tepukan semangat kepada mereka.

Sukan memanah ini memerlukan kesabaran, ketenangan dan fokus yang jitu. 
Oleh itu, sebelum anak panah dilepaskan, para pemanah perlu bertenang dan mengosongkan minda dari memikirkan segala gangguan di sekeliling. 

Siti Nurul Auni Abdul Latif merangkul tempat pertama dalam acara ini yang mewakili negeri Terengganu. Tempat kedua pula dimenangi oleh Disah Baco dari negeri Sabah manakala   Mazrina Syuhairah Mohamad dari negeri tuan rumah mendapat tempat ketiga.

Pihak penganjur berharap agar sukan memanah ini terus mendapat sambutan bagi mengimarahkan sunnah Nabi S.A.W dan menggalakkan anak muda khususnya mengisi masa lapang dengan sukan dan program yang bermanfaat. 

Tahniah buat semua pemanah wanita yang berani menunjukkan kehebatan dengan bakat memanah masing-masing.