Home Fastaqim

Semua Ahli Wajib Istiqamah Dengan PAS

117 views
SHARE

Semua Ahli Wajib Istiqamah Dengan PAS
Oleh : Nurul Nabihah Mustaffa 

KUALA NERUS, 30 Sept: “Semua ahli wajib istiqamah dengan PAS,” demikian kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau menegaskan semua orang Islam wajib menyokong perjuangan PAS kerana 4 faktor utama iaitu kerana Islam adalah  dasar parti.

“PAS ada objektif dan matlamatnya iaitu mewujudkan masyarakat Islam.

Perjuangan PAS juga dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan segala keputusan tertinggi yang dibuat harus dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama PAS,” tambah beliau lagi. 

Dato Mahfodz menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk sentiasa memperbaharui niat dalam perjuangan dan  memperbanyakkan munajat kepada Allah khususnya menjelang PRU akan datang. 

Beliau mengingatkan supaya semua ahli PAS ikhlas berjuang kerana Allah dan menyeru semua agar memperbanyakkan munajat dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya.

Turut kelihatan didalam majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.