Home Surat Pembaca

MEMALI | Tun Mahathir penderhaka kepada Sultan Kedah!

2378
SHARE

MEMALI: Tun Mahathir penderhaka kepada Sultan Kedah!

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985.

Almarhum Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim pernah menitiskan airmata ketika mendengar kisah yang berlaku di Memali oleh Tuan Guru Ustaz Awang Lanai (sekarang masih hidup).

Almarhum Tuanku Sultan sanggup mencemar duli turun menziarahi makam syuhada Memali di Parit Panjang Kedah ketika itu. Almarhum Tuanku Sultan menghadiahkan batu nisan dan menyiram air mawar di pusara As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan muridnya yang lain. Hal tersebut memberi tamparan hebat kepada Tun Mahathir dan pemimpin Umno ketika itu yang mendakwa Ustaz Ibrahim Libya penjenayah, pembawa ajaran sesat, komunis dan pelbagai lagi tuduhan.

Mungkinkah seorang sultan akan menziarahi dan menyiram air mawar di pusara seorang penjenayah atau pemberontak? Mungkinkah seorang sultan menziarahi pusara pembawa ajaran sesat atau komunis? Maka tindakan pemerintah ketika itu adalah tindakan bermotif politik dan berniat jahat.

Batu nisan di 13 makam syuhada Memali tersebut (seorang lagi keluarga bawa balik) membuktikan mereka bukan penderhaka, bahkan batu nisan itu kekal hingga kini.