Home Kenyataan Media PAS Selangor

DMPNS | Perutusan Sembah Takziah di Atas Kemangkatan DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

179 views
SHARE

ُPERUTUSAN SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN DYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN

11 September 2017 merupakan hari kesedihan bagi seluruh rakyat jelata Negeri Kedah dan pelusuh Negara di atas kehilangan Penaung Negeri yang berjiwa rakyat, Almarhum Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah mangkat dan kembali ke rahmatullah.

Patik mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor serta seluruh jawatankuasa kerja dan ahli muslimat PAS Selangor merakamkan sembah takziah kepada Ke bawah DYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun serta seluruh kerabat Di Raja Kedah Darul Aman di atas kemangkatan baginda. Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada semua di atas kemangkatan tersebut.

Kami melanjutkan doa kehadrat Allah SWT agar menempatkan roh Almarhum Tunku Abdul Halim bersama golongan yang beriman serta yang dirahmati lagi diredhaiNya.

Al-Fatihah.

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt. Wan Hassan
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
12 September 2017