Home Berita PAS Pulau Pinang

Memahami Tuntutan Jemaah Melalui Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

1562
SHARE

PAS sedang memahamkan ahlinya tentang salah satu pendekatan terbaru iaitu Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) yang merupakan satu pendekatan yang sangat terbaik dilaksanakan oleh ahli PAS kepada masyarakat. Tugas ini selari dengan perintah Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)

Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli PAS supaya khususnya para pemuda untuk melaksanakan tuntutan asas seperti berikut :

1.Membaca menghadiri seminar dan Berdiskusi mengenai BPMS
2.Menggunakan pendekatan BPMS kpd semua ahli terutamanya pada masyarakat golongan sasaran.
3.Menyedarkan semua ahli mengenai apa perlu dilakukan melalui BPMS.

Telah tiba masanya semua ahli PAS untuk mengubah cara berfikir dan bertindak. Mengambil pendekatan yg pernah dilakukan oleh baginda Rasullullah saw. Allah berfirman :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah An -Nahl : Ayat 125)

Sekali lagi saya mengajak kepada semua ahli PAS untuk kita bersatu hati fikrah dan amal untuk menguatkan Jemaah demi menuju kemenangan dengan penuh keberkatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BPMS, boleh layari lawan sesawang seperti dibawah :

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

Sekian terima kasih.

“Islam adalah penyelesaiannya”

Mohd Hafiz Hashim
Pengarah Akademi Tarbiyah DPP Pulau Pinang
Pengerusi Tarbiyah Kawasan Tasek Gelugor