Home Berita PAS Melaka

Melaka Naib Johan kategori Khutbah program Alam Ria PASTI Kebangsaan

286
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PEKAN, 29 Jan: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Melaka berjaya merangkul Naib Johan bagi ‘Kategori Khutbah’ dalam pertandingan Alam Ria PASTI Kebangsaan melalui wakilnya, Adik Muhammad Hairul Azmie, 6.

Muhammad yang merupakan anak didik PASTI Nurul Iman, Jasin, menerima piala dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah PASTI Pusat, Damanhuri Dol dalam majlis penutup yang berlangsung di sebuah IPT di sini, pada Sabtu (28 Januari).

Selain ‘Kategori Khutbah’, PASTI Melaka turut mendapat tempat ketiga bagi dua kategori iaitu ‘Kategori Hafazan (perempuan)’ melalui wakilnya adik Sofiyyah Sumayyah Adam, 7, dari PASTI Smart Soleh Alor Gajah dan kategori Nasyid.

Wakil ‘Kategori Nasyid’ adalah anak didik PASTI As-Syarifah dari Kawasan Kota Melaka yang terdiri daripada 10 anggota iaitu Wan Ainul Mardhiah Wan Mohd Zulkifli, Tuan Ammar Rifqi Tuan Nor Azmir, Tanisyah Tasmirah Mohd Salleh, Mikhael Aydeen Mohd Fadzly, Darees Muqrie Shamsul Rizay, Amsyar Zahin Zamran, Nadrah Faiha Affendi, Raudha Mohd Suhaimi, Muhammad Al-Amin Muhammad Asyraf dan Nur Syifa Nor Azizi.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhtar Suhaili.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan iaitu Hafazan (Lelaki); Hafazan (Perempuan); Sajak (Lelaki); Sajak (Perempuan); Bercerita (Lelaki); Bercerita (Perempuan); Khutbah; Azan; Pidato (Perempuan); Nasyid; dan Kalam Jamaie.

Naib Johan Kategori Khutbah

Tempat Ketiga Kategori Hafazan (Perempuan)

Tempat Ketiga Kategori Nasyid

Kontinjen PASTI Melaka sewaktu tiba di Pekan pada Jumaat 27 Januari

Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH