Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Media Meet dan Greet 1.0 Raikan Team Volunteer

571
SHARE

Media Meet dan Greet 1.0 Raikan Team Volunteer

Oleh: ‘Izzah Hamid

Wangsa Maju: Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia (JITM DMPM) buat julung kalinya menganjurkan program Media Meet and Great 1.0 (MeMG 1.0) yang diadakan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, baru-baru ini.

Program bersama Lajnah Penerangan dan Media Baru dewan terbabit itu setakat ini telah berjaya mengumpul lebih 180 para sukarelawan penggerak media seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada 2016 lalu.

Menurut Pengarahnya, Nurul Johari, majlis itu diadakan sebagai penghargaan para penggerak media yang memberi komitmen yang tinggi kepada Dewan Muslimat PAS Malaysia.

“ Di samping itu program ini juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah di antara para sukarelawan yang selama ini hanya berinteraksi melalui media sosial sahaja,” ujar beliau.

Para peserta juga berpeluang mendengar taujihat oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Yb Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Dalam ucapannya beliau amat terharu dengan keterlibatan dan kerjasama erat para sukarelawan yang menyumbang pelbagai kemahiran yang dimiliki tanpa bayaran mahu pun upah.

“Apabila melaksanakan tugas hanya kerana Allah, segala amalan kebaikan itu akan berterusan bersama kita malah ia berkekalan.” pesan beliau kepada para peserta MeMG.

Sementara itu Ketua Penerangan dewan yang sama, Dr Najihatussalehah Ahmad turut memberi ucapan di majlis berkenaan.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan hadirin agar menjadikan penerangan sebagai penghubung atau sendi untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Jika kita tidak bersungguh-sungguh menjadi agen kepada penerangan, jangan salahkan PAS andai kalah PRU akan datang,” tegas beliau.

Kesempatan perjumpaan itu, para peserta diberi taklimat skop bidang tugasan oleh pengarah program.