Home Berita PAS Selangor

Medan Ilmu Hulu Langat usaha menyatukan Keluarga Malaysia – KPen PAS Kawasan Hulu Langat

116
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat

HULU LANGAT, 9 Oktober – Penduduk di sini terutama umat Islam tidak mengira bangsa bertuah diberikan tempat dan ruang untuk menimba ilmu agama serta mengadakan program kemasyarakatan selepas ini apabila secara rasminya Medan Ilmu Hulu Langat dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nushi Dato Mahfodz Pegawai Khas mewakili YB Datuk Hj Ahmad Marzuki Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama pagi tadi.

Bertempat di Dataran Agora Nanding Hulu Langat atau “Agora Night Market” NGO Prihatin Hulu Langat dan Khidmat Malaysia Hulu Langat akan bekerjasama selepas ini dalam menyusun bebrapa program ilmu, forum kemasyarakatan dan aktiviti Khidmat kemanusiaan dalam membantu rakyat tidak kira bangsa dan agama terutama ketika berlakunya bencana banjir.

Perasmian Medan Ilmu ini juga adalah simbolik kepada Perasmian program Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia yang diadakan sepanjang hari di seluruh kawasan Parlimen Hulu Langat, turut dihadiri oleh pimpinan utama PAS Negeri Selangor, Pesuruhjaya Negeri YB Dato Dr Hj Ahmad Yunus bin Hairi, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Shafie Ngah, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, Muhammad Jan Bin Sulong dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Bermula daripada Kuliah Dhuha Ustaz Zamri Mantop yang asalnya ingin dilaksanakan di tapak program namun berpindah di Masjid Batu 14 di atas sebab yang tidak dapat dielakkan bagi memastikan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa pada Fasa 3.

Namun ia bukan halangan untuk Jawatankuasa program meneruskan program dan majlis di serikan lagi dengan majlis penyerahan sumbangan kit makanan kepada beberapa penduduk Hulu Langat yang terkesan akibat pendamik wabak Covid-19 ini.

Medan Ilmu ini dilihat menjadi simbolik kepada penyatuan Ummah apabila ia dibuka kepada rakyat terutama di Hulu Langat yang ingin mewujudkan suasana kebersamaan kita dalam membantu masyarakat yang memerlukan tidak mengira bangsa dan agama sekalipun idealogi politik dalam membentuk gagasan sejahtera keluarga Malaysia ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor