Home Artikel PAS Perlis

MB Terengganu lancar ACC Perlis

52 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini telah merasmikan penubuhan kelab berbasikal Alternative Cycling Club (ACC) Negeri Perlis.

Majlis pelancaran berkenaan diadakan sempena kedatangan beliau ke Program Bayan 4.0 di Kompleks Pendidikan MATIN, yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat dan PAS Negeri Perlis.

Menurut Pengarah Department of Arts, Culture and Sport (DACS) Muhamad Nazuande Nashime,p enubuhan ACC bakal mengikut jejak langkah Alternative Riding Club (ARC) yang telah memberi kesan besar kepada parti dengan penyertaan anak muda untuk bersama PAS.

“Kita boleh lihat contoh kelab motosikal, Alternative Riding Club (ARC) yang telah menunjukkan impak positif kepada kekuatan PAS,” ujarnya.

Turut hadir pada program tersebut, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Hj. Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya.