Home Berita PAS Perlis

MB Perlis nafi MA sokong pengiktirafan veteran DAP

1080
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 6 Jun :Β Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli hari ini membidas laporan yang tersebar di beberapa buah portal kononnya Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin menyokong pengiktirafan yang diberi kepada veteran DAP.

Menurut Mohd. Shukri, laporan berkenaan sama sekali berniat jahat dan tidak menggambarkan pendirian pemimpin PAS tersebut.

“Ada pihak yang berniat jahat menggunakan nama Mursyidul Am PAS bagi menyokong pengiktirafan yang diberikan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis yang saya kira amat rapat dengan Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, tidak pernah mendengar sebarang kenyataan rasmi daripada beliau berkenaan isu tersebut (sokongan kepada Lim),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, tindakan berkenaan juga dilihat sebagai satu lagi usaha terdesak media-media pro-Pakatan Harapan yang bertujuan memberikan gambaran buruk terhadap para pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN).

“Beliau (Mursyidul Am PAS) sentiasa menyokong dan mendukung gabungan di dalam Perikatan Nasional sebagai gabungan yang bersih dan stabil untuk memimpin kerajaan,” katanya.