Home Berita PAS Perak

Impikan pihak berkuasa menyediakan tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) di Seri Iskandar

279
SHARE

Impikan pihak berkuasa menyediakan tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) di Seri Iskandar

Seri Iskandar, 4 Jun: Sebuah pertemuan dan dialog bersama pekerja Gig Ekonomi atau ‘food Rider’ telah diadakan petang tadi.

Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, YB Dato’ Awang Salahuddin Hashim tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama.

YB Awang dalam ucapannya, mengingatkan semua rider agar sentiasa menjaga keselamatan ketika menjalankan tugas dan semestinya perlu mengejar masa bagi menyelesaikan setiap satu tempahan yang diterima.

Oleh demikian keselamatan adalah faktor utama yang perlu diambil berat bukan sahaja mereka, termasuk pengguna yang lain perlu cakna dengan kehadiran rider di atas jalan raya.

Semua penghantar makanan adalah aset yang penting bagi negara kerana mereka juga banyak merancakkan kembali sumber ekonomi negara terutamanya ketika negara berada dalam PKP.

Kini, khidmat mereka sangat diperlukan bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi terhadap perkhidmatan malah ia juga sangat diminati oleh orang muda kerana ia mudah dengan teknologi masa kini.

Semasa sesi dialog, mereka ada menyuarakan agar pihak berkuasa mempertimbangkan untuk menyediakan hentian ala wakaf rehat dan rawat seperti di Bandaraya Ipoh.

“Besarlah harapan kami agar permintaan ini dapat direalisasikan. Kami nak mohon diberi sedikit bantuan untuk ringankan kos penyelenggaraan motor.” kata mereka.

Mereka juga mengharapkan bantuan untuk mereka menubuhkan persatuan (NGO) bagi kemudahan mereka untuk menyuarakan permasalahan akan datang.

Seramai 27 orang ‘rider’ berbaju merah jambu dan hijau telah hadir dan mereka diraikan dengan jamuan makan malam sambil bersantai di Restoran Botaleft, Seri Iskandar.

ADUN Bota ,YB Dr. Najihatussalehah Ahmad merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada mereka.

Turut hadir Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Perak Tn Hj Azhar bin Rafaie,Timbalan YDP PAS Kawasan PARIT Tuan Hj Zawawi bin Mat Ghazali mewakili Ahli Parlimen Parit,YB Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib.

Selain itu ,pimpinan dari Dewan Muslimat Negeri dan Kawasan, turut hadir Dewan Pemuda PAS Parit.

Majlis Santai tersebut di meriahkan oleh Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna Parit, Tuan Hj Syed Khairuddin sebagai pengerusi majlis.