Home Berita PAS Sabah

Masyarakat Jementah perlu undi calon Perikatan Nasional – Takiyuddin

195
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
7 Mac 2022

SANDAKAN: Timbalan Pengarah Pilihanraya PRN Johor, YB. Takiyuddin Hassan menyeru rakyat di Dun Jementah untuk mengundi calon daripada Perikatan Nasional.

Perkara tersebut dinyatakan oleh YB. Datuk Takiyuddin Hassan ketika lawatan ke bilik gerakan Perikatan Nasional DUN Jementah pagi semalam.

“Calon Perikatan Nasional (PN) di Dun Jementah ini iaitu Cikgu Muna merupakan anak jati tempatan yang lahir dan membesar di Segamat”, kata YB Takiyuddin dalam ucapannya.

Tambahnya, Calon PN itu juga mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pendidikan dan sangat dekat dengan masyarakat Jementah sehingga ia dikenali rapat dengan nama Cikgu Muna.

“Calon ini juga sangat aktif dan berpengalaman dalam dunia politik dan kebajikan serta menjawat beberapa jawatan dalam parti dan Non-Governmental Organization (NGO),” ujarnya.

“Saya menyeru penduduk Dun Jementah untuk keluar mengundi dan undi calon Perikatan Nasional. Ingat N02, ingat calon nombor 2,” jelasnya.