Home Berita PAS Terengganu

Masjid di Terengganu kembali penuh dan patuh SOP

105
SHARE

KUALA TERENGGANU: Masjid-masjid di negeri ini kembali penuh dengan jemaah selepas aktiviti solat Jumaat dan fardu dibenarkan mengikut keluasan masjid atau surau sepanjang tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan Utusan Online di Masjid Gong Tok Nasek di sini mendapati, seramai 657 jemaah menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Jemaah turut dibantu kumpulan sukarelawan masjid bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi termasuk menjalani imbasan suhu, mendaftar kehadiran di aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka di samping menjaga penjarakan fizikal.

Seorang jemaah, Ahmad Fadzli Hanafiah bersyukur dapat kembali mengimarahkan masjid berikutan terlepas peluang berbuat demikian, minggu lalu.

“Hari ini saya datang lebih awal dan saya dapati semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard ketat yang ditetapkan,” katanya.

Terengganu membenarkan aktiviti solat Jumaat dan fardu mengikut keluasan masjid atau surau serta-merta semalam, namun kehadiran jemaah terhad kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja. – UTUSAN Online