Home Berita PAS Melaka

Mas Ermieyati rai 160 orang masyarakat India sempena Deepavali

170
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 22 Okt : Seramai 160 orang masyarakat India yang bakal menyambut Deepavali tahun ini telah diraikan oleh penyandang Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau ketika berucap di dalam majlis itu berkata, walaupun masyarakat India di kawasan Parlimen Masjid Tanah ini hanya sekitar 3.3 peratus, namun beliau sebagai Ahli Parlimen selama ini tidak pernah mengenepikan bantuan untuk mereka.

“Walau pun sedikit tapi saya tidak pernah ketepikan. Sama (layanan). Kalau ada anak masyarakat India yang berjaya dalam pelajaran pun kita akan bantu. Kita bagi dia hadiah.

“Kalau ada anak-anak India yang nak masuk belajar universiti datang ke pejabat bagitahu, pun kita bantu. Dan ini adalah merupakan amalan yang telah saya lakukan bukan setahun, bukan lima tahun, tetapi sejak saya menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah pada tahun 2013,” ujarnya lagi.

Tambah Mas Ermieyati, Pusat Khidmat beliau sentiasa melayan semua rakyat yang datang meminta bantuan tanpa mengira bangsa agama atau parti politik yang mereka sertai.

“Siapa-siapa datang dekat pejabat saya, Melayulah, Cinalah, India pun semuanya kita layan sama. Kalau ada masalah, kalau saya tak ada, saya punya kaki tangan sedia untuk membantu.

“Dan kita tidak pernah tanya pun ‘makcik kamu sokong sayakah jadi Ahli Parlimen? Kakak kalau saya bagi bantuan ini boleh undi saya tak?’ Saya tidak pernah tanya. Ada sesiapa yang biasa datang pejabat saya dia tahulah macam mana,” ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada kaum India yang beragama Hindu dan berharap agar perayaan ini dapat diraikan dengan penuh ceria bersama keluarga.

Semua 160 orang yang diraikan ini menerima sumbangan wang tunai dan beg mengandungi ‘goodies’ sebagai cenderahati daripada ‘Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah’ dalam majlis yang berlangsung di Dewan Badminton Kampung Paya Rumput, di sini, pagi semalam.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Naib Pengerusi Gerakan Bahagian Masjid Tanah, Tee Teck Min dan pimpinan-pimpinan PAS, Bersatu dan Gerakan tempatan.

Ustaz Imran (tengah) dan Tee Teck Min (kanan sekali)

PENDAFTARAN PENERIMA

MAJLIS BERLANGSUNG

DATUK WIRA MAS ERMIEYATI TURUN PENTAS  MENYERAHKAN BANTUAN KEPADA PARA PENERIMA

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH