MARHABAN YA RAMADHAN
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 183)
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat ditunggu – tunggu oleh umat Islam saban tahun. Al Qurtubi menyifatkan bulan Ramadhan sebagai bulan kesabaran di mana bulan ini merupakan bulan yang mempunyai 1001 kebaikan didalamnya.
Sempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba, PAS Kawasan Batu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada.
Jadikanlah madrasah Ramadhan yang bakal tiba ini sebagai ruang dan peluang untuk meningkatkan kualiti amal ibadah kita.
Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk kita mengimarahkan Ramadhan kali ini serta menjadikannya lebih baik berbanding Ramadhan yang sebelumnya.
Akhir kata, semoga Ramadhan ini menatijahkan rasa kehambaan dan ketaqwaan yang sebenar dalam diri kita.
#IslamMemimpin
Ikhlas dari,
PAS PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU