Home Berita PAS Wilayah

Marhaban Ya Ramadhan

1850
SHARE

Apabila tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW akan bersabda:

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Allah telah mewajibkan ke atas kalian untuk berpuasa pada bulan itu. Di bulan itu telah dibuka pintu syurga, dan ditutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya, maka sungguh dia terhalang (mendapatkan kebaikan yang banyak).”

(HR. Nasa’I, no. 2106, Ahmad, no. 8769. Hadis Sahih – Sahih At-Targhib, no. 999)

PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat seluruh umat Islam, di Malaysia khususnya.

Semoga Ramadhan kali ini dapat dihayati dan dilalui dengan penuh makna walaupun ia disambut dalam keadaan kita diuji dengan wabak Covid-19.

Kita mungkin tidak dapat ke masjid seperti Ramadhan sebelum ini, namun kita boleh memanfaatkan bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan menghidupkan aktiviti masjid di rumah bersama ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah.

“Allahuma Bariklana Fi Ramadhan, Wa Balighna Fi Lailatul Qard”

“Wahai Allah berkatilah kami di Bulan Ramadhan, dan sampaikanlah kami pada malam Lailatul Qadar”

“Islam Memimpin Perpaduan”

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

#RamadhanKareem
#Ramadhanathome