Home Berita PAS Perak

MAP PASTI Taiping disambut meriah

53
SHARE

6 Februari 2024

TAIPING: PASTI Kawasan Taiping telah mengadakan Majlis Anugerah Prestasi PASTI peringkat Kawasan Taiping baru-baru ini bertempat di Hotel Taiping Perdana, disini.

Tujuan majlis penyampaian anugerah dan sijil tamat persekolahan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada anak-anak PASTI kerana telah selesai sesi persekolahan di PASTI dan turut dapat menanam dalam diri anak-anak PASTI untuk memotivasikan diri mereka untuk terus berjaya di masa hadapan.

Pengarah Program Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Taiping, Mohamad Fazrul Bin Halim berkata dalam ucapannya, “terima kasih kepada seluruh barisan AJK dan Muallimah yang tetap bersemangat dan bersungguh-sungguh mendidik anak-anak PASTI walaupun saguhati yang diterima tidak tinggi.”

“Insya-Allah, PASTI Taiping akan bertambah satu unit baharu yang menjadikan jumlah keseluruhannya 9 unit PASTI,” katanya.

“Kepada ibu bapa, teruskan pendidikan yang anak-anak terima di rumah kerana ibu bapa guru pertama dan sama-sama kita terus memberikan sokongan kepada PASTI dan mempromosikan PASTI kepada ibu ayah lain diluar sana,” ujarnya lagi.

Perasmian majlis penyampaian anugerah dan sijil tamat persekolahan peringkat PASTI Kawasan Taiping dirasmikan oleh Cikgu SM Salim Bin Sharif selaku Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia berkata dalam ucapan perasmian beliau, “5 kekuatan PASTI yang ramai tidak tahu antaranya;

1. Keikhlasan guru
2. ⁠Kurikulum berasaskan Islam
3. ⁠Anak-anak yang bersih Jiwa
4. ⁠Keyakinan ibubapa terhadap Islam
5. ⁠Jemaah Pengurusan PASTI yang Istiqamah – Jihad Pendidikan

Turut hadir sama di majlis perasmian ialah En. Ibrahim Bin Ismail selaku TYDP PAS Kawasan Taiping, En. Fauzi bin Nisab selaku Timbalan Ketua Pengarah PASTI Perak dan Ustazah Hasnah selaku Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Taiping.

Berikut adalah senarai penerima Anugerah Prestasi PASTI peringkat PASTI Kawasan Taiping :-

Tokoh Murid Harapan PASTI Taiping 2023 – Adik Aisyah Nur Jannah Binti Khairul Azman (5 tahun) dari PASTI Al-Falah.

Tokoh Murid PASTI Taiping 2023 – Adik Airis Fatima Bt Ahmad Zulkarnain (6tahun) dari PASTI Al-Falah.

PASTI Harapan PASTI Kawasan Taiping 2023 – PASTI Al-Munir.

PASTI Terbaik PASTI Kawasan Taiping 2023 – PASTI Al-Falah.

Akhir sekali PASTI Kawasan Taiping mengucapkan Tahniah kepada anak-anak PASTI dan PASTI yang telah menerima Anugerah Prestasi. Semoga kalian terus Istiqamah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Taiping.