Home Artikel PAS Wilayah

Manifesto Gagasan Sedia Angkat Martabat Wanita

364 views
SHARE

Oleh : MARYAM SOLEHAH A RASHID

BATU, 16 April – Ameerah Kawasan Batu telah mengadakan sesi sembang santai anak muda menerusi program Ameerah Mengupas yang dilangsungkan di Pasar Malam Batu 4, di sini semalam.

Siri kali ini menampilkan Exco Ameerah Batu, Dr Hasiba Kamaruddin dengan membawa tajuk “Hak – Hak Wanita” yang diutarakan dalam pelbagai skop berkaitan.

Antaranya keadilan gender buat para wanita yang merupakan salah satu keistimewaan Manifesto Gagasan Sejahtera di mana ia berbeza dari kesamarataan gender yang diperjuangkan manifesto lain.

Beliau berkata, “Kerana manifesto ini meletakkan peranan wanita selaras dengan penghormatan yang diberikan Islam, yakni sangat penting dalam membina tamadun manusia dan peradaban bangsa.”

“Kerana itu, hak-hak wanita tidak semestinya setara dengan hak-hak kaum lelaki, tetapi mesti adil,” ujarnya merujuk kepada keadilan Islam yang begitu luas.

Dengan keadilan menurut syarak jelasnya, martabat kaum wanita sentiasa di kedudukan mulia dan terhormat biarpun sinergi khudratnya tidak setara kaum lelaki.

Mengajukan hasrat Manifesto Gagasan Sejahtera itu, beliau menyeru agar rakyat melihat ia sebagai sebuah tawaran pemerintahan yang akan membersihkan urus tadbir negara.

Hujahnya dikemukakan dengan bukti perakuan di Parlimen mengenai pemimpin politik yang disiasat ekoran salah laku rasuah bagi tahun 2013 hingga 2017 iaitu 71 dari BN dan 21 PH, sedangkan PAS bersih sama sekali.

Program memaklumatkan masyarakat itu turut dijayakan Dewan Pemuda PAS Batu yang mengadakan edaran risalah kepada pengunjung pasar malam tersebut.