Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Mangsa Kemalangan Terima Sumbangan daripada DMPM

171 views
SHARE

Mangsa Kemalangan Terima Sumbangan daripada DMPM

Selangor, 4 Julai 2019 – Ahli kumpulan Ilham Akifi yang juga merupakan ahli muslimat Selangor telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan pulang daripada Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia pada 17 Jun 2019. Kumpulan tersebut juga terlibat dalam persembahan penutupan Muktamar pada malam sebelumnya. Kemalangan yang melibatkan 7 buah kenderaan itu berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2. Tiada kecederaan dilaporkan, namun kenderaan yang mereka naiki mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian hadapan kereta.

Sejurus mendapat berita tersebut, DMPM telah melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu meringankan beban. Pada Rabu, 3 Julai 2019, pimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) merangkap barisan pimpinan DMPM telah menyampaikan sumbangan tersebut hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin.

Nor Wahidah Bt Ridzuan, berasal dari Pasir Mas Kelantan iaitu seorang Guru Dini di Maahad Tahfiz Sains Dan Teknologi Darul Ehsan merupakan salah seorang muslimat yang terlibat dalam kemalangan tersebut, telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan selaku mantan Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM sesi 2017-2019 merangkap Ketua DMPNS.

Turut hadir dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah Puan Ummi Mazni Othman selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.