Home Berita PAS Negeri Sembilan

Mangsa kemalangan dibantu sumbangan kerusi roda

55
SHARE

Oleh FAIZAH YUSOF

DANGI, 28 Jan: Seorang mangsa kemalangan motosikal, Mumgan A/L Thelliakmoo, 43, telah menerima bantuan kerusi roda daripada PAS Kawasan Kuala Pilah.

Menurut Ketua Cawangan PAS Kampung Geduhom dari kawasan ini, Abdullah Syukor, mangsa terlibat dalam kemalangan pada 15 Januari lepas ketika balik dari tempat kerja.

“PAS Kuala Pilah menyantuni mangsa kemalangan dengan menyampaikan sebuah kerusi roda kepada beliau.

“Kerusi roda ini adalah sumbangan daripada Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau, Haji Ishak Omar.

“Kini keadaan beliau yang patah kaki baru sahaja tiga hari lepas discaj daripada Hospital Serdang.

“Semoga sumbangan diberikan dapat meringankan beban keluarga mangsa,” ujarnya kepada Berita PAS semalam.