Home Berita PAS Terengganu

Mangsa kebakaran terharu MB serah rumah baharu

8
SHARE

MARANG – Mangsa kebakaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sebak dan teruja selepas menerima rumah baharu daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri baru-baru ini.

Rohazlina Omar, 55, berkata dia tidak menyangka janji Ahmad Samsuri untuk membina kediaman baharu buat mereka sekeluarga selepas rumah lama musnah dijilat api pada 2023 ditunaikan dalam masa yang singkat.

Katanya, dia diberitahu rumah itu bernilai kira-kira dalam RM70,000 dan ia dibina hasil kerjasama agensi negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Alhamdulillah, saya tidak percaya rumah ini siap dengan proses yang sangat cepat daripada yang saya sangka.

“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Menteri Besar Terengganu, Tabung Darul Iman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang, Majlis Daerah Marang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta semua yang terlibat,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunci rumah bagi Program Perumahan Terengganu Sejahtera daripada Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang di sini baru-baru ini.

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Marang, Zulkifly Bin Isa, YDP Majlis Daerah Marang, Tuan Haji Lukema Meri, Pegawai Tabung Darul Iman, Hanapiah Ismail dan Penghulu Mukim serta Pengerusi JPKK Seberang Marang.

Menceritakan perasaanya, Rohazlina berkata, dia terkejut selepas diberitahu akan menerima kunci rumah naharu daripada Ahmad Samsuri

“Saya berasa terkejut selepas mendapat panggilan daripada anak saya dan terus meluru ke rumahnya.

“Perasaan sama ketika rumah terbakar dulu, walaupun sedang berdukacita namun ia bertukar kerana keesokan paginya Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang datang ziarah melihat keadaan rumah saya yang hangus dijilat kebakaran.

“Saya berasa gembira dan ini membuktikan YAB sangat prihatin pada rakyatnya,” ujarnya lagi.