Home Berita PAS Pulau Pinang

Mangsa Kebakaran disantuni YB dan AJK PAS Bukit Mertajam

157
SHARE

OLEH PUZI AWANG

MACHANG BUBUK, 28 OGOS – Seusai program Hi Tea anjuran Lajnah Penerangan PAS Bukit Mertajam di Tasek Junjung, YB Ustaz Yusni Mat Piah menziarahi Saudara Mat Sani Bin Saad di Kampung Machang Bubok yang diuji oleh Allah SWT di mana rumah beliau musnah dalam kebakaran pada hari Sabtu yang lepas.

Kejadian tersebut berlaku kira kira 2 pagi Sabtu dipercayai berpunca dari litar pintas menyebabkan keseluruhan rumah kayu 2 tingkat tersebut musnah keseluruhannnya. Turut musnah dalam kejadian tersebut termasuklah sebuah kereta serta 2 buah motosikal serta berbagai peralatan rumah.

Antara yang hadir mengiringi beliau termasuklah Yang di Pertua PAS Kawasan Saudara Norazman Ishak, Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Pas Bukit Mertajam, Saudara Adnan serta Wakil Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam.

Menurut Adnan, Lajnah Kebajikan mengambil inisiatif untuk mengajak YB sekali dalam program ziarah kali ini semata untuk memberi semangat pada mangsa sekeluarga di samping membantu meringankan lagi beban mangsa.

“In sha Allah, Lajnah Kebajikan akan meneruskan usaha untuk mengutip sumbangan dari ahli dan masyarakat untuk membantu meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik di Dalam kawasan Bukit Mertajam ini tanpa membezakan bangsa dan agama.” ujar beliau lagi.

Menurut mangsa, ketika kejadian hanya Isteri dan 2 anak beliau berada dirumah, manakala beliau pula tiada dirumah kerana berada di Hospital Bukit Mertajam. Kejadian tersebut disedari oleh anak lelaki beliau yang melihat dan mendengar letupan yang bermula dari tingkat atas rumah. Api yang marak dengan cepat telah menyebabkan mangsa sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan jumlah kerugian belum lagi diketahui.

Sumbangan berupa Wang tunai dan barangan harian disampaikan oleh YB disumbangkan oleh YB sendiri dan juga kutipan derma kilat yang diusahakan oleh Lajnah Kebajikan melalui tabung bencana yang diwujudkan semasa PKP fasa pertama bermula. Sumbangan tersebut digunakan untuk membantu masyarakat di Dalam Kawasan Bukit Mertajam yang ditimpa musibah atau menghadapi penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.