Home Berita PAS Terengganu

Mangsa Banjir Terengganu meningkat, 8 PPS dibuka

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di negeri ini meningkat sebanyak 95 mangsa daripada 30 keluarga yang ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan menyaksikan daerah Dungun paling teruk terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari tiga daerah melibatkan Dungun, Setiu, dan Kemaman.

“Setakat jam 2 petang, daerah Dungun mencatatkan mangsa seramai 53 orang daripada 13 keluarga daripada tiga PPS,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya, Setiu dan Kemaman merupakan daerah terbaharu yang terjejas banjir dengan merekodkan jumlah mangsa seramai 35 dan tujuh orang dari 15 dan dua keluarga yang dibawa di empat PPS.

Ketika ini, hujan mula behenti di beberapa tempat di Terengganu.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.