DUNGUN – Mangsa banjir di negeri ini terutama di kawasan Dungun mudah terima arahan apabila dikehendaki untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh pihak bomba dan penyelamat berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata penduduk dilihat telah mendapat kesedaran awal untuk berpindah.
Menurutnya, nasihat daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan dimanfaatkan sebaiknya menjadikan pemindahan menjadi lebih teratur,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas operasi menyelamat mangsa banjir di kampung Paya Kemudi di sini semalam.
Tambah Shahrizal, pada tahun lepas, sedikit mengejut apabila aliran air datang daripada Hulu Paka dan Hulu Dungun agak laju.
“Kejadian itu membuatkan penduduk di Kampung Paya Kemudi sedar akan bahaya dan kesedaran mengambil langkah lebih awal.
Terdahulu, mangsa terperangkap banjir berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam satu operasi misi menyelamat di Kampung berkenaan.
Operasi menyelamat itu melibatkan sebuah keluarga dengan kanak-kanak perempuan yang berumur enam tahun yang mengalami demam.