Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah
Tolong lah….
Tolonglah jangan musnahkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini dengan cita-cita mahu mengubah sistem kenegaraan Malaysia. Raja dan Sultan adalah tunjang utama sistem kenegaraan kita dan janganlah sekali-kali diusik apatah lagi dibuang.
Kelak nanti ada yang ungkit dari mana kamu datang, bila kamu datang dan kenapa kamu datang. Masa datuk nenek kamu datang dulu Raja-raja Melayu sudah sedia ada memerintah Negeri-Negeri Melayu.
Sedarlah Negara kita ada Kontrak Sosial. Isi Kontrak Sosial ialah;
- Kemedekaan – Tanah Melayu Merdeka daripada penjajahan.
- Raja-raja Melayu – Kuasa Raja-raja Melayu diperlembagaankan.
- Kewarganegaraan – Menerima warga asing yang masuk ke Tanah Melayu sebagai warganegara.
- Orang Melayu dan Bumiputra – Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputra.
- Islam – Islam sebagai Agama Persekutuan
- Bahasa Melayu – Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
Disclaimer : Kami tidak bertanggungjawab jika ada komen-komen yang bersifat perkauman di page ini.