KENYATAAN MEDIA | DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
16 Muharram 1441/16 September 2019
MAKHLUK PEROSAK MERANAPKAN JATIDIRI ISLAM DAN MELAYU
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa realiti sebenar kerosakan yang berlaku dalam negara oleh kerana kerapuhan jatidiri mula terhakis dek pengaruh luar tanpa sedar.
Dewan Ulamak PAS Pusat berpandangan perkara ini akan terus disuburkan sekiranya dibiarkan tunasnya berakar dalam minda rakyat. Atas dasar inilah rakyat perlu disedarkan seperti pendirian berikut :
1. Islam mengutamakan kekuatan jatidiri Muslim yang tidak dicemari oleh budaya dan amalan songsang dengan berorientasikan perubahan untuk semua.
صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
Maksudnya : “Sibghoh (celupan) Allah. Siapa yang lebih baik sibghoh-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.” (al-Baqarah: 138)
2. Pengiktirafan Islam sebagai solusi kehidupan seharian manusia telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran termasuk pengurusan serta pentadbiran negara.
3. Perosak yang diangkat menjadi ‘wira’ negara hanya bertopengkan perpaduan namun hakikat sebenar adalah untuk mencetuskan perpecahan terancang lantas gembira melihat kemusnahan jatidiri Islam Melayu ranap. Makhluk perosak agama seperti DAP dan mereka yang hilang jatidiri seperti PAN wajib ditolak.
Firman Allah :
وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ ۙ قَالُوْٓا اِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُوْنَ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ
Maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah berbuat kerosakan di bumi!” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan perbaikan.” Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyadari. (al-Baqarah: 11-12)
4. Akhlak umat Islam yang bersendikan keharmonian mampu menghormati perbezaan budaya dan agama tetapi masih mempunyai batasan antara satu sama lain.
5. Dengan pegangan Islam segala bentuk kerosakan dalam negara mampu ditolak bahkan kekuatan yang dipasakkan dalam jiwa umat Islam terus mekar berpaksikan janji-janji Allah SWT.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia
Pasir Puteh