Home Berita PAS Sabah

Majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Tawau dapat mengeratkan ukhwah dan perpaduan masyarakat Tawau

147
SHARE

 Oleh : Nur Syarifah Ariffin

Majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Tawau dapat mengeratkan ukhwah dan perpaduan masyarakat Tawau.

Yang Berhormat Dato’Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Ketua Bersatu Bahagian Tawau dan Adun N190 Apas berkata kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan suku kaum ke majlis tersebut dapat menambah lagi perpaduan masyarakat Tawau yang sedia ada.

Dato’ Nizam bersama rombongannya tiba kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Sri Balung, Batu 8 itu telah disambut oleh  disambut oleh YDP PAS Tawau , Mohammad Hussin.

“Syabas dan tahniah kepada PAS Tawau kerana berjaya menganjurkan majlis ini”, Katanya.

Antara pimpinan masyarakat yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka PAS Tawau pada 29 Mei tersebut adalah Ketua Daerah Tawau ,  OKK Kee Jamal Kee Sulaiman .

OKK Kee Jamal Kee Sulaiman turut mengucapkan tahniah atas penganjuran Majlis Rumah Terbuka PAS Tawau.

Majlis sambutan Rumah Terbuka PAS Tawau sempena  Hari Raya Aidilfitri itu berjaya dilaksanakan setelah 2 tahun tidak dapat dilaksanakan kerana negara menghadapi pandemik.

 

Program tersebut merupakan program thunan PAS Kawasan Tawau yang menghimpunkan petugas-petugas daripada keseluruhan entiti dibawah PAS Tawau seperti daripada Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama’ , cawangan-cawangan , Jabatan Amal , Majlis guru PASTI, Sri Al-Fateh,, Sri Taman Ria , Madrasah Darul hidayah ,Ameerah,Nusaibah, PERPPIS dan UPAYA.