Home Berita PAS Wilayah

Majlis Rumah Terbuka Pas & Pasti Labuan Mendapat Sambutan Hangat Warga Labuan

903
SHARE

LABUAN, 8 Julai – Majlis Rumah Terbuka PAS & PASTI Labuan pagi tadi mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Labuan pelbagai peringkat. Program kerjasama PAS Kawasan Labuan & juga PASTI Kawasan Labuan itu telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Pelbagai aneka juadah yang telah disediakan termasuklah kuih muih dan beberapa masakan kampung. Terdapat juga beberapa jenis makanan yang dibawa sendiri oleh ibubapa PASTI bagi mempelbagaikan lagi juadah makanan.

Antara objektif utama majlis ini ialah agar ikatan persaudaraan sesama masyarakat Labuan terus kukuh di samping mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.

Antara tetamu yang hadir termasuklah pimpinan beserta ahli PKR dan Warisan, Pengarah Operasi Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd Dato’ Sri Hj Mohd Alias Hj Abd Rahman, pengusaha-pengusaha syarikat, pemimpin-pemimpin masyarakat, ahli-ahli kariah masjid dan pelbagai lagi lapisan masyarakat yang hadir.