Home Berita PAS Sabah

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri erat silaturahim

217
SHARE

Oleh : Nurul Hazimah Lanus
15 Mei 2023

KALABAKAN: Lebih 1000 warga penduduk sekitar kawasan Kalabakan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan OT Jantan Kampung Tanjung Batu Darat, di sini, kelmarin.

Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah, gembira di atas kesudian pelbagai parti politik hadir memeriahkan majlis.

“Suasana ini menggambarkan kesatuan rakan politik dalam pelbagai perkara dan keadaan,” ujarnya ketika majlis.

Beliau mengambil peluang untuk beramah mesra bersama tetamu daripada masyarakat setempat dan pelbagai ahli parti yang hadir.

Turut hadir memeriahkan majlis, ADUN Batu Buruk, Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama ahli jawatankuasa PAS kawasan Tawau.

Program telah menyediakan pelbagai juadah makanan seperti kambing golek, manisan, mihun sup serta kepelbagaian lauk pauk.

Pada majlis tersebut juga, hadirin telah di dendangkan dengan beberapa buah lagu daripada kumpulan nasyeed Infak dan persembahan murid PASTI.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan PAS kawasan, Salmi Din, kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatankuasa PAS peringkat cawangan dalam menjayakan majlis ini menggambarkan keakraban dan kerjasama antara ahli.

“Semua ahli telah bergotong-royong dalam menyiapkan dewan dan menyediakan pelbagaian juadah.

“Sambutan seperti ini perlu dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana dapat mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang ekonomi,” katanya.

Bagi Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Norjanah JamJam pula, kemeriahan majlis dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat.

“Sambutan majlis aidilfitri juga adalah satu simbolik kemenangan bersama dalam menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan dan kemenangan umat islam menyatukan keluarga dan ahli masyarakat.

“Semoga majlis yang berlangsung terus mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan,” ujarnya.