Home Berita PAS Perlis

Majlis Sambutan Hari Guru, Hari Raya PASTI Arau meriah

122
SHARE

 

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 14 Mei: Majlis Sambutan Hari Guru 2023 dan Hari Raya PASTI Kawasan Arau yang diadakan serentak semalam berlangsung dalam suasana cukup meriah.

Program yang berlangsung di Dewan Residensi Kangar itu dihadiri lebih 150 orang, terdiri daripada para tetamu jemputan dan guru-guru PASTI Kawasan Arau.

Antara tetamu yang hadir termasuklah Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, Menteri Besar Perlis, YAB Mohd. Shukri Ramli serta barisan exco Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Majlis perasmian disempurnakan olehΒ Yang Dipertua PAS Kawasan ArauΒ Solahudin Bin Azmi.

Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah yang ditemui berkata, kedua-dua majlis diadakan secara serentak memandangkan tarikh sambutan Hari Guru adalah pada 16 Mei manakala umat Islam masih berada dalam bulan Syawal.

“Bahkan di pihak kami (PASTI Arau) sendiri tidak menjangkakan kehadiran tetamu yang cukup ramai yang sekaligus menambah lagi seri majlis yang berlangsung hari ini (semalam),” katanya.