Home Berita PAS Perak

Majlis perkenal calon PN diakhiri doa Wehdah

266
SHARE

Calon Parlimen Lenggong, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman sedang berucap memperkenalkan diri.
Duduk Dari kanan: Calon DUN Kenering, Ustaz Husairi Ariffin, Ustaz Mohd Hanafiah, Calon DUN Kota Tampan, Mohd Jamil Yahaya, Nordin Abdul Rashid dan Pengacara Majlis

Oleh Mohd Syamil Azhar, Mimi Wahida Dan Ummu Umairah.

LENGGONG: Majlis memperkenalkan tiga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Lenggong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering dan DUN Kota Tampan diakhiri laungan doa Wehdah dan takbir dengan penuh bersemangat.

Majlis diadakan Di Arena Amanjaya, Lawin dekat sini dimulai dengan solat Isyak, solat Hajat dan Munajat secara berjamaah.

Seterusnya dengan iringan Asmaul Husna, lagu Negeri Perak dan lagu PN, sesi perkenal calon dimulai ucapan oleh Pengerusi PN Bahagian Lenggong, Ustaz Mohd Hanafiah Idris yang mendahuluinya dengan taklimat sebelum memperkenalkan calon.

Ustaz Mohd Hanafiah Yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Lenggong, membaca biodata sambil menperkenalkan
seorang demi seorang calon dimulai calon DUN Kota Tampan, DUN Kenering dan calon Parlimen Lenggong.

Ketiga-tiga calon Dari PAS, iaitu Naib Yang DiPertua kawasan, Mohd Jamil Yahaya (DUN Kota Tampan), Ketua Dewan Ulama PAS Lenggong, Ustaz Husairi Ariffin (DUN Kenering) dan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman, Parlimen Lenggong.

Majlis Yang turut dihadiri Bendahari dan Ahli  Jawatankuasa PBPM (Bersatu) Bahagian, Subihi Jarit dan Nordin Abdul Rashid itu, seterusnya menyaksikan ucapan ringkas setiap calon sebagai memperkenalkan diri untuk dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Yang Akan berlangsung PADA 19 November nanti.