Home Berita PAS Perak

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak, calon PN Pasir Panjang

2461
SHARE

3 November 2022 / Hafiz Green Mart

LUMUT : Majlis memperkenalkan tiga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Lumut, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang dan DUN Pangkor telah berlangsung meriah malam tadi di Markas Tarbiyyah PAS Batu 10 Lekir, di sini.

Majlis ini telah dimulai dengan solat Maghrib, Solat Hajat dan Munajat secara berjemaah telah dipimpin oleh Ketua Lujnah Dakwah Dewan Ulama PAS Kawasan Lumut, Ust Abu Bakar bin Omar.

Sesi memperkenal calon dimulai ucapan perkenalan ringkas oleh Calon DUN Pangkor, Norhaslinda binti Zakaria, diikuti Calon DUN Pasir Panjang, Rosli bin Abd Rahman dan diakhiri ucapan Calon Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak, Rosli Abd Rahman yang juga Yang DiPertua PAS Lumut telah dipilih menjadi Calon Perikatan Nasional bagi DUN Pasir Panjang dalam PRU-15.

Dalam ucapan ringkas perkenalan calon, Haji Rosli memberitahu kepada hadirin bahawa beliau telah menetap di Seri Manjung sejak tahun 1988 sehingga sekarang, sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di ITM Manjung ketika itu.

Majlis ini telah diakhiri laungan Doa Wehdah oleh Mudir Pondok At-Taalim, Ust Mohd Zaeem bin Zaid dan takbir dengan penuh bersemangat.